SAINS DAN TEKNOLOGI CINA
Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah
wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Teknologi kejuruteraan
hidraulik yang mengawal banjir Sungai Kuning (Hwang Ho) menunjukkan kejayaan
dan sumbangan Cina dalam aspek kejuruteraan.
(i) Bidang Astronomi
-Pada zaman Dinasti Zhou, orang Cina mampu menyediakan
katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
- Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan
peralatan astronomi dan penyelenggaran rekod astronomi yang sempurna, tepat dan
sempurna.
- Sistem kalendar Cina juga salah satu sistem yang paling
awal, maju dan tepat.
(ii) Bidang Matematik
- Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama
kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue.
Sempoa (abacus)
- Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang,
mencatat catatan mengenai kuantiti negatif.
- Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem
perpuluhan.
Jiuzhang Suanshu (Sembilan Bab Matematik)
(iii) Bidang Perubatan.
- Bersifat kepurbaan dan bebas daripada pengaruh asing.
- Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah
teori kosmik dualistik, yin dan yang dan juga lima elemen.
- Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai
sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung,
limpa, paru-paru, dan ginjal.
- Teonjing (saluran) dan Luo (kolateral), asas bagi rawatan
terapeutik seprti akupuntur dan moxibustion (membakar daun moxa).
- Akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk
jarum logam yang telah disteril.
- Buku-buku mengenai perubatan dan farmakologi Cina
tradisional:-
- Huangdi
Nejing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning)
- Bencao
Gangmu (Farmakopeia Agung), Li Shizhen (1518-1593)
Hua Tuo, tabib terkenal pada masa Zaman Negeri Berperang
(San Guo)
Li Shizhen (1518-1593)
Ben Cao Gang Mu
(iii) Bidang Optik
- Memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej
yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum (pinhole camera)
- Begitu juga pelbagai imej dihasilkan oleh kanta cekung (concave-lense)
- Prinsip fokus
(iv) Bidang Alkimia
- Usaha ahli alkimia Cina mencari cara yang dapat membuat
manusia hidup selama-selamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir
kehidupan"
- Mengandungi merkuri, plumbum dan arsenik.
- Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang
dapat memanjangkan jangka usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam
mencampur bahan bertoksik dan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang
berguna.
TEKNOLOGI CINA
Antara kurun ke-15 sehingga ke-11 SM, orang Cina sudah tahu
akan teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar, dan
penulisan.
-Lebih kurang tahun 200 SM, mereka telah menghasilkan
abah-abah yang diikatkan pada dada(breast-strap harness), dan kereta
sorong (wheelbarrow) pada kira-kira tahun 200 SM.
Empat Penciptaan Agung
- kertas
- pencetakan
- bahan
letupan
- kompas
(i) Kertas
- Dicipta oleh Cai Lun dengan menggunankan fiber
tumbuh-tumbuhan sebagai bahan-bahannya pada tahun 105.
- Diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The
Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.
Cai Lun
(ii) Pencetakan
- Diperkenalkan semasa pemerintahan Dinasti tang (618-906).
- Fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina bertarikh 11
Mei 868.
- Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik pencetakan
bergerak (mobile-type printing).
Bi Sheng
(iii) Bahan Letupan
- Dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois.
- Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah menggunakan bahan
letupan untuk membuat bunga api.
-Digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua
tentera Tang (618-906).
(iv) Kompas
- Semasa Dinasti Han, sifat-sifat magnet sudah diketahui di
negara China dan orang Cina menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan
aruhan (induced magnetism) pada kurun ke-6, dan menjelang kurun ke-8 dan
ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan kekutuban magnet (polarity).
- Dengan segala pengetahuan ini, orang Cina telah
menghasilkan kompas, yang pada mulanya digunakan di atas kapal.
Kompas pada zaman Dinasti Han
0 comments:
Post a Comment