KEPELBAGAIAN GENRE SASTERA CINA KLASIK
- Antologi puisi Cina terawal, Shijing (Klasik Puisi)
-Mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke-11 SM - 771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM - 476 SM).
-Mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke-11 SM - 771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM - 476 SM).
- Shijing, bersama dengan empat puisi klasik lain, Yijing
(Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual), Chun Qiu
(Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik).
- Keadaan politik dan ekonomi yang stabil khasnya pada tahap
permulaan zaman ini menggalakkan perkembangan puisi Cina klasik mencapai tahap
keemasan.
- Quan Tangshi (Koleksi Lengkap Puisi Tang), mengumpulkan
jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih
orang penyajak, termasuk penyajak aguang seperti Li Bai, Du Fu, dan Bai Juyi.
ShiJing
Empat Buku Lima Klasik (Shi Shu Wu Jing)
Li Bai
(ii) Prosa
- Prosa klasik (guwen), adalah dominan dalam sastera
Cina klasik.
- Prosa vernakular (haihuawen), ditulis dalam bahasa
pertuturan.
- Prosa klasik berdasarkan standard dan stail karya pakar
zaman purba.
- Bahasa klasik telah menjadi medium bag hampir semua
penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan
rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya
zaman dahulu.
(iii) Drama
- Pada Dinasti Yuan, prestij tradisi lama menjadi merost dan
kawasan utara China, menjadi satu persekitaran yang unik dengan aktiviti
sastera yang bukan konvensional.
- Drama Cina jenis Zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk
puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan.
-Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan
menggunakankarya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas
hati atau sebagai alat kritikan..
- Bukan sahaja memberi hiburan, tetapi juga berperanan
sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton.
- Secara keseluruhannya, drama Cina lebih cenderung
menekankan nilai-nilai etika berbanding agama.
- Bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi amaran atau
waspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat.
(iv) Fiksyen
- Xiaoshuo, percakapan kecil, dan percakapan sia-sia.
- Berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika
dan juga sebagai alat politik.
- Kadangkala digunakan sebagai alat untuk menggambarkan
dunia utopia dan menyokong perubahan.
- Terdapat fiksyen mengenai keghaiban sperti Xijouji
(Perjalanan ke Barat), dan ada juga yang merupakan mengenai pornografi seperti
Jing Pingmei (Emas Vas Plum).
- Fiksyen China berkembang di atas dasar tradisi mencerita
zaman lebih awal, iaitu penglipur lara.
Xi Jou Ji (Perjalanan ke Barat)
0 comments:
Post a Comment