KESENIAN CINA
(i) Muzik Klasik
Muzik Cina Klasik adalah antara sistem muzik yang paling
lama dan paling berkembang dalam dunia ini.
- Bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan
aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana,
perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama.
-Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik
yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan dan dibuatkan dengan
bahan-bahan seperti logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu, dan
buluh.
- Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat
terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip
estetik terhadap muzik.
Jenis-jenis alat muzik Cina
Guzheng
(ii) Kaligrafi
- Kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara
China.
- Dianggao mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian
dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti.
- Menikmati seni ini juga memerlukan kualiti seseorang yang
tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa.
-Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi
dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh
para pelajar.
-Antara pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul ialah Wang
Xizhi (321-379)
- Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada
kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk
bentuk garis yang menarik lalu meggubah struktur yang cantik.
-Pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke
berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai selepas
berlatih dalam tempoh masa yang panajang.
(iii) Seni Lukis
- Lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan
juga puisi.
- Su Dongpo (1037-1101), Dinasti Song, pelukis bukan sahaja
mahir melukis, tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi.
- Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi seni puisi,
kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap.
- Dibahagikan kepada dua kategori:-
- xieyi
(bebas tangan)
- gonghi
(menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada
butir-butir)
- Teori estetok xieyi menitikberatkan sentimen dan
mengabaikan realisme.
(iii) Seni Pembinaan
- Tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih
wujud sehingga sangat berkurangan disebabkan sebahagian bahan-bahan yang
digunakan, iaitu kayu, tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh iklim dan
cuaca.
- Ciri utama binaan Cina ialah keinginan membuat binaan yang
berharmoni dengan alam semesta.
- Kepercayaan fengshui, iaitu lokasi dan susunan dalam
sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teon fengshui.
- Tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana
semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan
keselamatan.
-Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu
dan ditutup pada waktu malam.
Tembok kota
-Tembok Besar China (Wan Li Chang Chen), dibina bukan sahaja
untuk megelilingi kota, tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan
rumah-rumah kediaman.
Tembok Besar China
Kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi tamadun China
terdapatlah:
1. Menggunakan tenggala untuk membuat batas tanaman
2. Mencipta kolar kuda untuk menarik tenggala kayu dan
penyisir tanah
3. Mengamalkan tanaman bergilir untuk mengekalkan kesuburan
tanah
4. Melakukan teres di kawasan bukit sejak zaman dinasti
Shang
5. Sistem pengairan untuk mengairi kawasan pertanian
6. Sistem terusan untuk mengawal banjir
7. Perusahaan logam berkembang dengan pesat
8. Perusahaan tembikar berkembang dan didagangkan ke Alam
Melayu, India dan Barat
9. Jalan darat yang dikenali Jalan Sutera Darat digunakan berdagang
dengan Barat
10. Jalan laut digunakan untuk berdagang dengan negara lua